Sunday, April 24, 2011

Kereta Murah Naik Harga Jadi Paling Mahal?


Entry ni aku tujukan khas untuk Zaidi yang berlagak kete die tu bersalut emas,haha.harap die tak baca. "hey zaidi,kete kau masih murah walau salut mahal",aku mmg suka dengki ^^


gp nano 2 Kereta Termurah Bakal Jadi Yang TermahalKereta termurah didunia iaitu Tata Nano bakal menjadi kereta termahal di dunia. Ini kerana kereta tersebut akan dibaluti oleh emas tulen di keseluruhan badannya.
Tata Group, syarikat yang mengeluarkan Tata Nano, bekerjasama dengan Titan dalam menghasilkan projek ini. Kereta yang diberikan nama Goldplus Nano ini direka bagi meraikan 5000 tahun Indian Jewellery.
Berkemungkinan Goldplus akan dilancarkan pada bulan April atau Mei 2011. Ada 13 rekaan yang telah dihasilkan dan warga India diberikan peluang untuk memilih rekaan mana yang bakal menjadi kereta emas pertama India.

Menurut International Business Times, Tata Groups mengeluarkan Goldplus adalah untuk menampung kemerosotan jualan Tata Nano di dalam pasaran domestik. Ini kerana pada bulan November 2010 Tata Nano hanya terjual sebanyak 509 unit dan sangat berbeza dari jualan pada bulan Julai iaitu sebanyak lebih 9000 unit.
Kemerosotan jualan Tata Nano dipercayai berpunca dari beberapa insiden kereta tersebut terbakar tanpa diketahui punca dan sebabnya.

No comments:

Post a Comment

Jadi lh tikus yang menghormati blog aku ni.Ok good,tulis elok elok.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...