Tuesday, January 4, 2011

Karam Singh Walia Kena Bulat Sebab Hina Orang Melayu?!(My 2011 first entry)

Salam.

errr,dah 2011,naik satu angka dalam umur aku,i hate this.Crap.pfftttt~

second day sekolah,datang lambat.errrrr,apa seyh!aku semakin malas dan malas,malas,malas,malas.Oh damn,i hate this year.STPM brooooo~,bukan barang main punya.Na tulis blog pun malas,whattahel.Bila tgok buku je,aku rasa ngantok.Please stop this,pleaseee pleasee.

Btw,aku dah lama ta post entry baru,last post ialah entri dibawah entry ni,HAHA.Setelah sebulan aku ta main search search,aku ta main youtube youtube,then aku bukak youtube,hari ni punya most watches video ialah video pasal karam singh walia,then aku try mintak tlong Mr.Google kesayangan aku,then aku dpat information macam ni




SHAH ALAM 2 Jan. - Wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui saat-saat mencemaskan apabila 'dikepung' oleh sekumpulan lelaki yang naik berang ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan kepada orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya dia mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika sedang mabuk mengakui, telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki tersebut serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Selama ini, wartawan tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.

Selain itu, dia mendapat penghormatan khususnya daripada orang Melayu kerana kepetahan berpantun dan berperibahasa dalam setiap laporannya




antara salah satu komen kat youtube yang aku sokong abis

"apa benda laa.. macam ni ke cara melayu nak approach orang lain? no wonder lah kan bangsa lain boleh kutuk kita macam2. sebab orang2 macam ni lah. tu tak pasal2 nak suruh dia bayarkan bil satu kedai apahal? takde kena mengena. dah sengkek sangat apa? nak sangat tunjuk melayu ni samseng ke apa? sumpah malu. takde diplomasi langsung.

No comments:

Post a Comment

Jadi lh tikus yang menghormati blog aku ni.Ok good,tulis elok elok.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...