Monday, June 27, 2011

B.L.O.G

Salam.





Blog,weblog seseorang untuk menulis atau membuat apa apa sahaja di weblog masing masing kan?So,ada persoalan persoalan dari kalangan blogger gak,ada yang pikir
      "blog?ouhh tempat diorang sharing ilmu ilmu"

      "blog??ohh,biasa lah,tempat org na gosip-ing kan?"
   
      "ouh,belog?tempat na luah perasaan kan?yelah,ramai haters la katakan"

      "blog eaaa~?tempat ermmmm......"

      "blog,diary someone laaaa"

      "blog,aku ta sure,universal kot,suka hati na buat apa kan?"


bnyak jawapan bila ditanya apa itu blog?

bagi aku,blog ni satu tempat untk kita sharing apa apa saje dalam entry kita,na post apa.Nak post pasal skandal lama?awek lama?musuh?something new?politik?bisnes?humor talk?isu semasa?etc etc etc....See,liberal kan sifat blog?

So,if someone ckap, "blog kau terok laaa bodoo".eh wait.What thee hello milo?Suka aku la na buat blog yang mcm mana? I.S.A pun sebenarnye ta de hak tau na tangkap aku,ini blog kita,suara kita,so apa nak takut?Go shut up your mum mouth  laaa.Hahahaha.Tapi kalau na buat blog tu,cuba tulis something yang berkualiti sikit,jgn pakai sebat jee main blog,mmg takde org nak baca,lagi lagi kalau menggedik dalam blog.Blog kita menunjukkan pendirian kita.Hehehe

If someone cakap,"eleh,bajet ramai follower plak budak ni!" *terasa beb.Hey you daughter of biatch!apa aku kisah ngan follower yg sikit,janji follower aku baca apa yang aku update,dari follower bnyak tapi sorang dua jee baca,apa guna doee?Hao laaa luu.Btw,aku ta pernah bnyak promote blog aku ni,alhamdulillah da lebih dari 50 follower,and serious aku boleh 'bet' yang mmg follower aku akn baca apa yang aku update.


Tapi kan,korang nak tau tak kenapa ada certain blog yang ada org ta suka,contoh mcm blog aku.Hahahaha.

So,please baca entry di bawah ni untuk na tau sifat sifat blog yang "euwwwww"

This article was copied from The Other Khairul,

Friday, January 29, 2010

9 +1 Benda Kenapa Aku Anti dengan Blog Korang.

Serve you right, Aduka.

Aku suka baca blog semua jenis tak kira samaada blog tu famous atau pun tak, yang pentingpenulisnya comel boleh di layan. Tapi aku memang sakit hati bila buka-buka blog je, ada benda-benda yang tak boleh blah yang menyakitkan hati aku. Umpama buka je Facebook, kuar iklan gadis yang konon nak ajak ber-wabcam sambil pakai baju tido. Ish. Apa la nak jadi dengan dunia zaman sekarang ajak webcam pakai baju tidur. Apa barang ber-webcam pakai baju.

Okay ignore tajuk entri ni. Aku tak anti mana-mana blog kecuali blog yang terlampau fanatik terhadap politik.

Well,

Berikut, adalah 9 (+1) benda yang paling aku anti bila melawat ke sesebuah blog tak kira samaada blog tu famous atau tak. Tak adalah anti sebenarnya, tetapi kurang gemari.

Pop up alert alert mesej.

Pernah tak korang masuk blog and masuk-masuk je akan bunyi “ding” sambil ada alert mesej box tertulis “welcome”, “Hai”, “Hello sexy” atau what-so-ever-lah. Dan pernah tak korang rasa benda tu annoying gila? Yes it’s annoying. Banyangkan, setiap kali kita nak move dari page to page dalam blog tu, kita akan dapat alert mesej. Masuk page 1, keluar alert. Masuk page dua, tiga , empat dan seterusnya pun sama. So, ianya amat annoying.

Tak ada sesiapa berminat nak baca ding-ding yang berulang-ulang kali melainkan ianya nombor telephone yang di papar secara random dan berlainan.

Iklan yang melampau.

Ada yang menulis blog untuk duit. Well, itu tak boleh dinafikan sebab ianya memang mendatangkan untung. Tapi amat-amat tak tahan bagi aku bila page tu berkelip-kelip dengan iklan. Rasa amat annoying. Nak-nak masa buka page, benda teratas adalah iklan yang berderet-deret. So, kena la scroll dari atas ke bawah untuk baca entry. Dari iklan ubat lelaki hinggalah program affiliate atau multi level marketing (MLM). Dah tu yang paling tak tahan yang tertera di gambar iklan adalah gambar ubat kuat lelaki, tapi bila klik je, terus keluar website MLM. Wtf? Tak-tak aku tak klik benda tu semua. Aku tak perlukannya.

Yang paling tak tahan tetapi paling famous adalah iklan 125x125 yang kaler cokelat yang kat depannya ada gambar gadis comel, ayu, cute, manja, cantik, lawa tetapi miskin pakai baju tak cukup kain yang tertera perkataan “Gadis melayu sedang kesunyian”. Perh. Agak-agak la nak menipu pun. Mana ada gadis melayu yang comel, ayu, cute, manja, cantik, lawa dan miskin. Kalau ada pun, mesti kaya. Then mesti ada boyfriend yang berusia setua mungkin.

Okay la tak. Tak ada la tua sangat tapi perkataan Datuk tu mesti ada.


Auto play music/video

Ini amat tipikal. Even dulu aku pun letak lagu di blog. Kalau boleh dulu aku nak taruk semua lagu baru. Then kalau boleh lagi aku nak letak semua lagu baru bajet aku sorang la yang tahu pasal lagu baru ni. Tetapi bila aku sedar yang lagu tu hanya membuatkan pembaca aku rasa tergangu eh tak ia even membuatkan aku terganggu gila. So, aku keluarkan.

Tetapi dulu aku pernah letak background music yang bermusic piano sahaja. Dan ada yang sukakannya you know bunyi piano lembut mendayu-dayu. Amat feeling membaca sambil mendegar bunyi piano yang slow. But oh well, susah nak cari mp3 piano yang sesuai dengan blog. So aku keluarkan, again.

So fine la kalau korang nak jugak letak audio player. But please letak yang boleh di pause or mute or stop kan lagu. Geram and sakit hati aku bila tengok player tu main sendiri dan tak boleh di pause.

But hey, music player yang ada ‘pause button’ di blog amat lah boleh di maafkan. Dan jangan lupa update lagu setiap tiga hari at least, seperti budak emo ni.

Asyik bercakap bab lucah

Someone is watching over us.

Teknik ni dah ramai yang guna. Balik-balik, entri pasal seks. Bailk-balik entri pasal dara. Balik balik entri pasal aurat. Tak-tak aku tak terasa.

Okay lagi la kalau yang cakap tu lelaki. Sebab lelaki sebagai bakal ketua keluarga. Jadi mereka mesti tahu banyak perkara. Bayangkan kalau lelaki tak tahu apa-apa. Siapa nak starts? Perempuan nak buat first move? Pelis lah. Ego.

Tapi agak tak boleh blah bila si perempuan cakap pasal lelaki. Aku sebagai lelaki pun rasa segan bila perempuan cakap bab lelaki. 

Well, ianya adalah taktik yang terbaik untuk menarik trafik. Ya, aku tau sebab 80% keywords untuk sampai ke blog aku dari search engine adalah keword 18sx walaupun aku rasa entry biasa yang tak 18sx lagi banyak dari entri 18sx. So, betulkan yang ia adalah taktik mudah yang teramat mudah untuk menarik trafik? Kenapa? Sebab semua orang sukakan benda-benda 18sx lebih-lebih lagi perempuan.

Lalala ~
 
Jam, kalendar, geolocation, weather ect

Duh. wtf kita perlukan jam kalau kat laptop dah ada jam? Why the hell kita perlukan kalendar kalau ianya sebijik sama dengan yang ada di handphone dan laptop korang? Dan yea, calendar pun tak perlu melainkan anda menggunakan calendar Islam. Serta, benda yang lagi-lagi korang tak perlukan adalah ramalan cuaca. Yang aku tahu, blogger yang letak ramalan cuaca mesti sebab dia adalah seorang friendly kan. Ada viewer baru, mesti dia akan tegur dengan ayat “Hey, nice kan cuaca hari ini?” Wtf. This is blog. Its fantasy, not real life. Who cares about weathers?

No right click (Right click/highlight disabled)

Aku tak kisah la kalau anda sayangkan penulisan anda and anda takut entri anda di curi. Tapi cukup la dengan No Right Click tanpa Alert box. Sebab bila aku right click (untuk open new tab) je, mesti alert box yang menulis seperti “Oi, nak curi penulisan aku ke?” Wtf, its annoying! Okay fine mungkin saja awek-awek ni buat macam tu sebab nak naik market (Aku pun buat benda-benda macam ni dulu). Tapi memang tak boleh blah bila si copycats pun buat benda cam tu. Dia curik article/entry/post blog orang lain then letak no right click + alert mesej kat blog dia macamlah dia yang tulis benda tu semua. Pastu, bila orang cakap apa-apa dia cover macam-macam. Hais.

But still, jangan la dok sibuk nak jaga penulisan tu. Kalau ada yang curi pun, tak kemana. Lama-lama kantoi juga

Show off awek

Cute cute cute

Okay first, yes, ianya amat-amat annoying bila seseorang itu show off awek dia macamlah dia sorang ada awek. Okay fine aku tak ada awek dan aku tak jelous. Hai Zarif.

Lagi pun, percent korang akan stay dalam hubungan hingga kahwin adalah serendah 10%. So nanti, bila korang putus cinta, konfem-konfem korang akan remove gambar tu dari blog. Dan pada masa tu, aku sure ramai akan perasan. Then pasti akan ada orang tanya “mana perginya gambar awek kau” dan korang dengan sedih, pilu, terguris mulalah menjawab dengan ayat tipikal ala orang men-cover seperti “kita orang dah tak ada apa-apa. Tak ada jodoh, nak buat macam mana"

Sometimes, blog should not be about personal. This is blog. Not dairy diary.

Gambar gedik di sidebar

Sarcastic expression
Sebut gedik je, mesti otak akan memaparkan gambar perempuan +camera + cermin + lidah terjelir. Hais. Senang citer, perempuan dan gedik tak boleh dipisahkan dan rasanya perempuan gedik dah boleh di terima walaupun still ramai lelaki geli dengan perempuan gedik. Ye la, awek sendiri menggedik = manja. Awek orang lain menggedik = gedik.

So, cara terbaik nak overcome masalah gambar gedik ni, mudah je, just buat satu page baru, letak semua gambar gedik anda dalam tu then linkkan dia di sidebar dengan menggunakan Widget bloglink blogger. So dengan cara tu, korang boleh asingkan semua gambar. Contohnya link pertama tajuk “gambar biasa” link ke dua tajuk “gambar gedik” link ke 3 tajuk “cam whore kat dalam tandas (yang wajib menggunakan pantulan cermin tandas) dan seterusnya padandai-pandai la korang.

Kecoh dengan “u follow me, i follow you”

It shows all. Ini blog, bukan myspace atau facebook. Bukan juga Digi. Bukan juga "you jump I jump" Followers tak penting. Tak ada guna korang kumpul followers kalau trafik korang teruk. Di dunia blog, trafik adalah paling penting. Jauh lagi penting dari followers.

High traffic = Banyak backlinks, nice keyword etc. Tetapi banyak trafik tak semestinya setiap entri yang dikeluarkan adalah berkualiti yang membawa banyak comments. Great traffic bermaksud ayat2 yang anda gunakan mudah di search di search engines. Komen yang banyak juga penting menandakan entri yang anda tulis adalah berkualiti dan mendapat feedback dari orang ramai. Siapa kata comments tak penting?

Comments juga menandakan anda tak gila kerana tak bercakap sorang-sorang. Kerana, walau sebanyak mana tanda seru (!) yang anda letak, ia tak akan mendatangkan bunyik. Bermaksud, ianya tetap tulisan dan kekal sebagai tulisan tanpa medium yang memerlukan telinga. Sunyi. Sepi.

[Update]Page terlampau kaya 
Page yang kaya dengan widget sebenarnya agak menyakitkan hati aku. Why? Sebab ianya bloody heavy. Geolocation, referrer, search trend, weather, clock, flash players, videos and such things lah. Serta, such things lah yang membuatkan blog anda berat.

Dan macam yang Kak Afzan kata, kalau page tu ambil masa lebih dua minit untuk loading, mesti dah tekan butang pangkah (close). Actually, aku pun macam tu.

Ya aku faham anda nak express kan semua benda kat pembaca, tetapi ada cara dan pengurusan yang betul untuk itu. Don't make your blog over-flood with rubbish. Cara termudah, limitkan view blogrolls kepada 5 atau 10. Gunakan widget untuk siarkan buku dan video favorite anda seperti slideshow. Geolocation, referrer dan semua yang sepertinya tak perlu sebenarnya sebab semua function tu ada kat dalam HiStat.com. With HiStat, you got referrer, geolocation, counter, prediction, IP tracking, keywords dan macam-macam lagi. Semuanya dah tersedia dan ianya sedang menunggu anda yang pemalas.  

Oh ya, berat paling ideal untuk blog adalah 200Kb. Jika anda melebihi dari 500kb, berhati-hati lah kerana anda dah masuk dalam golongan obesiti. Hidup blog anda tak akan lama.

**********

Back me up

Well, 9+1 benda di atas adalah antara yang aku tak berapa suka bila berjalan-jalan di blog tak kira lah blog tu famous atau tak. See? Baik kan aku memberitahu perkara yang orang lain tak mo bagi tau secara jujur.

Okay fine mungkin ramai akan terasa bila aku tulis ni. Well, aku cuma nak cakap....kalau dah terasa, makan je lah.  Haha!

1 comment:

Jadi lh tikus yang menghormati blog aku ni.Ok good,tulis elok elok.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...