Friday, September 17, 2010

Aku sakit kepla laahh weyh!!!grr,bingit tul ahh









Assalamu'alaikum..

Ini khas untuk orang yang takut sangat nak makan ubat dari doktor sebab side effects dia menakutkan. paracetamol : PCM

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang meng
alaminya.
"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia
merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan
ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya,
semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

1)merosakkan organ hati
Jika diambil pada dose yang tinggi 10-15g, boleh sebabkan toxicity. Ia bukannya direct dari patacetamol, tapi dari salah satu metabolites PCM, N-acetyl-p-benzoquinoneimine. PCM boleh menyebabkan liver failure with central necrosis (gagal fungsi hati) jika diambil secara berterusan untuk jangka masa yang panjang.

Janganlah setiap kali sakit kepala sikit nak ambil PCM. Jika anda betul-betul mengalami sakit kepala yang berpanjangan dan berterusan, pergilah jumpa doktor, periksa. Manalah tahu ada tumorkan, rugi je bertahun-tahun makan PCM sampai rosak liver dan kidney tu. O_O

2)tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun
+_+'' ano.. Half-life (hayat sesuatu ubat berada dalam badan) bagi PCM adalah 2-3 jam sahaja. Walaupun seseorang itu mengalami masalah buah pinggang, tiada masalah untuk keluarkan PCM dari badan. Tetapi jika mempunyai masalah hati dan over dose tadi, half-life akan lebih panjang.

3) menelan terlalu banyak Panadol perlu rawatan buah pinggang (dialisis)
Betul, macam saya terangkan dalam point pertama. Jadi makanlah ikut dose yang ditulis oleh doktor. 325-500mg bergantung pada individu.

4) sakit kepala kerana ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak
sakit kepala boleh disebabkan macam-macam cara. PCM bertindak pada COX-1 dan COX-2 diseluruh badan kecuali otak, itu pun tidak sekuat aspirin. Hanya untuk mengurangkan sakit (Antianalgesic agent)

PCM boleh kurangkan demam (antipyretic agent) dengan mengawal suhu badan di hypothalamus.

5)semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda
Ini saya tak jumpa lagi dalam buku kata ada tolerance pada PCM kerana PCM reversibly bind to COX-1 dan COX-2 (tidak permanent). However Aspirin bind irreversibly to COX.

Adeyh, kesiannya penulis artikel ni, memang nampak baik tapi perlu kaji sesuatu berita dahuu sebelum mnyebarkannya (hujurat :6). =_='' Ada orang nak bunuh diri telan panadol berbotol-botol pon, tidak mati, kecuali mati tercekik. Cuma boleh buat permanent damage kat liver dan kidney..

Ubat-ubatan tradisional pun perlu dikaji dulu. Jangan ingat sebab namanya tradisional, ia tak berbahaya. 100% safe. Even minum air bnyak2 pon boleh saket juga. Kebanyakkan ubatan tradisional ni mempunyai kadar
steroidyang tinggi.

Kene ingat, modern medicine kaji sesuatu ubat(drugs) dengan telitisampai ke side effects. Sebab tu orang salu kata ubat doktor kasi tu tak bagus la, ada kesan sampingan macam-macam. Memang salah satu tugas doktor beritahu side effects ubat pada pesakit.

Walhal, tongkat ali semua tu pun, kalau dibuat kajian betul-betul, ada side effects jika ambil dengar kadar tinggi (over dose).

@_@ sebab tanak tulis panjang-panjang, saya copy satu penerangan dari Akhi leokid, senpai medik kat Russia. Penerangan beliau sangat senang difahami oleh orang biasa juga. Tentang drugs, perkataan yang sangat ditakuti masyarakat kita. Ada yang kata semua ubat dari doktor yang kerja kat hospital tu dadah..!

Akhi Leo Wrote :
Apa maksud perkataan "dadah" yang anda gunakan tu?

Orang melayu kita, bila sebut dadah, terbayangkan yang dadah tu mengkhayalkan. Buat jadi high. Membayangkan dadah itu menyebabkan ketagihan. Penagih Dadah. Najis Dadah. Dadah Perosak Bangsa. etc etc.

Berbalik kepada, apa definisi perkataan "dadah" yang dirujuk itu.

Adapun bagi paracetamol, ya, ianya juga adalah dadah. Atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil "drug"


drug |drəg|

noun
a substance that has a physiological effect when ingested or otherwise introduced into the body, in particular:

• a medicine, esp. a pharmaceutical preparation : a new drug aimed at sufferers from Parkinson's disease.

• a substance taken for its narcotic or stimulant effects, often illegally : [as adj. ] a drug addict | figurative mass adoration is a highly addictive drug.

ORIGIN Middle English : from Old French drogue, possibly from Middle Dutch droge vate, literally ‘dry vats,’ referring to the contents (i.e., dry goods).
So, by definition, ya, paracetamol adalah sejenis dadah. Kerana paracetamol itu adalah sejenis bahan yang menghasilkan kesan fisiologi pada badan. Bagaimana ia berfungsi, ia menyekat fungsi COX (cyclooxygenase) iaitu sejenis enzim dalam tubuh manusia yang bertanggungjawab dalam penghasilan prostanglandin, iaitu mediator bagi sakit dan demam (pain n fever).

Maka, ya, paracetamol/acetaminophen/panadol itu adalah sejenis dadah.

Dan by definition juga, air tongkat ali, jus kacip fatimah, air kopi, cili kering, air limau etc juga adalah dadah - kerana ia menghasilkan kesan fisiologi kepada badan. Cumanya, ia tidak digunakan (jarang?) dalam bidang perubatan je.

So berbalik kepada isu utama nya -
Dadah ni berbahaya pada badan atau tidak?

Persoalan pertama yang saya nak kupas adalah pada aspek tujuan dadah itu sendiri. Sepertimana yang dijelaskan dalam definisi, dadah itu mengubah fisiologi badan manusia. Sebab itu ia digunakan untuk tujuan perubatan.

Kerana manusia, apabila dia sakit, maka dia mengalami perubahan fisiologi. Bila demam, suhu badan naik. Bila selesema, hingus keluar. Itu yang dimaksudkan dengan perubahan fisiologi akibat sesuatu penyakit.
=~|

Dan dari situlah datangnya dadah/drug ini. Dia mengubah kembali perubahan akibat penyakit tersebut, kepada normal kembali. Dalam kes ini, Panadol menurunkan suhu badan. Begitu juga dengan dadah-dadah lain, yang mengubah fisiologi badan demi untuk tujuan rawatan dan pengembalian kepada keadaan badan yang normal.

Adapun yang dikatakan berbahaya, adalah apabil keadaan fisiologi badan yang sedia normal. Tapi gi amik dadah. Perubahan itu yang membahayakan pada badan manusia.

Persoalan kedua, adalah dari sudut pesakit itu sendiri. Dadah ni, bukan semuanya kita engineer supaya jadi 100% seperti apa yang kita nak. Hampir kebanyakan/semua dadah, akan ada kesan sampingan. Macam saya kata lah, dia ubah fisiologi badan, tapi kita takleh pilih dengan spesifik nak kesan ini, ini dan ini. Contohnya, aspirin. Aspirin boleh menurunkan suhu badan, tapi dalam masa yang sama ia juga boleh irritate/mengganggu sistem pencernaan. Oleh itu amat berbahaya orang yang ada gastrik ulcer untuk mengambil aspirin.

So aspirin, dalam keadaan biasanya tidak berbahaya. Tapi berbahaya kepada orang yang ada gastrik ulcer.

Kerana itulah, drug/dadah ini
di-prescribe oleh doktor kepada pesakit secara individu. Bukan semua orang yang demam kita boleh bagi ubat sekian2.

Adapun bagi ubat yang commercially-used, contohnya panadol ini, ianya telah dipastikan agar mengandungi kesan sampingan yang minimum, jika digunakan dengan kadar yang diarahkan.

Sekaligus membawa saya kepada
persoalan ketiga, penggunaan dadah itu sendiri. Dalam bab ini, saya tengok dadah tu sama je macam makanan. Makan nasik itu sumber tenaga, tapi makan nasik dengan banyak boleh menyebabkan obesity. Air kosong itu penawar dahaga, tapi minum air kosong yang banyak boleh menyebabkan hyper-hydration.

Cumanya kita tak nampak bahaya dan kesannya, kerana jumlah yang diperlukan untuk menyebabkan bahaya itu besar. Istilah perubatannya, ianya dikatakan sebagai mempunyai
"therapeutic index" yang tinggi. Therapeutic Index bagi air atau nasik, contohnya, mungkin sangat besar. Mungkin lepas kita minum 20 liter air secara direct-non-stop baru dapat hyperhydration. Mungkin lepas kita makan nasik 9 pinggan sehari selama sebulan, baru dapat obesity (sekadar contoh, bukan fakta).

Adapun bagi bahan seperti Panadol/
Paracetamol, maka therapeutic index nya lebih rendah. Itulah julat yang saya berikan tersebut, "limitnya 10 gram ataupun 200mg didarabkan dengan berat badan, mana2 yang lebih rendah untuk sehari".

Kalau makan lebih dari julat yang diberikan, maka jadilah ianya berbahaya.

Adapun sesetengah ubat/dadah/drug, therapeutic index nya lagi kecik. Contohnya cardiac glycoside, seperti digoxin (ubat untuk orang lemah jantung). Itu yang even sesetengah ubat ada arahan - "setengah biji sehari". Saya dulu2 pun pk pelik gak, ubat apenye setengah bijik? Sekarang bila dah belajar baru saya tahu.. ooo..ubat ni mesti therapeutic index dia kecik, kalau makan lebih hatta makan sebijik sehari pun dah boleh membahayakan nyawa.

So kesimpulannya, panadol tak boleh dimakan macam kita makan nasik. Digoxin tak boleh dimakan macam kita makan panadol. etc etc.

Konsep ini bersesuaian lah dengan apa yang dikatakan sebagai "ADIL" dalam Islam. Adil itu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Panadol itu tempatnya pada julat sekian2, perlu dimakan apabila sekian2. Sama seperti nasik, perlu dimakan ketika lapar, pada kuantiti tertentu. *Adil tidak sama dengan sama rata ye* ^_^

So kalau orang yg makan panadol macam makan nasik tu, bagi saya tu lawan kepada adil lah. Iaitu - ZALIM.


Kesimpulan

Dadah adalah apa2 sahaja bahan yang membuat perubahan pada badan manusia. Dadah itu berbahaya apabila:

1. Apabila diambil tanpa indication (tanpa ada sebab). Tak sakit, gi makan ubat. Rujuk "persoalan pertama" di atas.

2. Apabila diambil oleh mereka yang contraindicated (yang tak patut diambil). Contohnya orang mengandung, kanak-kanak, orang yg ada sakit tertentu yg bukan dirawat dengan ubat tersebut. Rujuk "persoalan kedua" di atas.

3. Apabila diambil tidak mengikut therapeutic index yang ditetapkan. Ambil lebih dari yang sepatutnya. Rujuk "persoalan ketiga" di atas.
Boleh jenguk blog beliau : http://leokid.wordpress.com/

Wallahua'lam.

YA ALLAH! PERMUDAHKANLAH AKU UNTUK MENUNTUT ILMUMU, MEMAHAMINYA, MENGINGATI DAN MENYEBARKANNYA. BERKATILAH ILMU ITU DAN TAMBAHKANLAH IA. AMEEN

1 comment:

  1. teruskan usaha anda, masukkan bahan-bahan bermaklumat untuk semua

    ReplyDelete

Jadi lh tikus yang menghormati blog aku ni.Ok good,tulis elok elok.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...