Wednesday, September 29, 2010

I Am Not A Comformist


Keadaan yang biasa berlaku kepada sesiapa pun. Anda sedang berada di dalam sebuah hutan bersama 200 orang yang sedang menjalankan aktiviti. Tiba-tiba semua orang berlari ke arah anda sambil bertempik. Tanpa berfikir panjang, anda pun lari sama pada arah semua orang melarikan diri. Seperti orang lain, anda tidak 'ada masa' untuk bertanya mengapa mereka berlari dan bertempik. Dalam fikiran anda cuma satu, mesti ada sesuatu yang menakutkan semua orang, kalau tak masakan mereka melarikan diri. Sikap di atas, iaitu proses berfikir dan bertindak memang di ajar sejak di bangku sekolah rendah. huruf A ialah seperti yang anda nampak dan huruf itulah selamanya anda akan lihat dan guna. 2 + 2 mesti 4 dan itulah yang akan digunakan sampai bila-bila. Lemak tepu dan makanan berkolesterol menyebabkan pembentukan plak berlemak dalam arteri dan seterusnya menyebabkan penyakit jantung. Makan herba boleh menyebabkan hati menjadi bengkak dan mengalami masalah seperti sakit badan, telinga kurang dengar, sakit kepala. Pergi jumpa neurologis pun, mereka pening kepala sebab tidak dapat mengenalpasti punca. Pengambilan supplemen tidak perlu, tiada kesan pada kesihatan malahan boleh memudaratkan, menghabiskan duit....... bla....bla.. ..bla. Kita diajar supaya menghafal, menurut perintah.... jika tidak gagal peperiksaan. Begitulah ketika sudah menjadi seorang dewasa dan bekerja. Ikut bimbingan daan perintah. Hasilnya, ramai yang buta ilmu. Dengan menghafal dan menurut perintah, hati kita telah diajar supaya malas berfikir dan mencari info baru. kita menjadi hamba. Otak kita mudah dimanipulasi. Otak kita akan sentiasa menganggap apa yang dipercayai oleh majoriti itulah saja yang benar. Itulah yang terjadi dalam hutan di mana anda berlari tanpa banyak soal. Kalau 200 orang berlari sudah tentu mereka tahu 'hakikat' atau 'kebenaran'. Beberapa golongan telah dan terus mengambil kesempatan hasil dari perhambaan fikiran orang ramai. siapa mereka? Syarikat gergasi pengeluar ubatan. Doktor buat keputusan berdasarkan bimbingan dan atur cara kerja yang centralized. tujuan? Keseragaman mengakibatkan peskripsri ubatan terus dimonopoli oleh syarikat pengeluar ubat-ubatan. Pertanian moden terus-menerus menghasilkan hasil pertanian yang kurang bernutrisi dan dibekalkan kepada pengusaha makanan. Media pula memainkan peranan mengiklankan produk-produk makanan dan berita-berita yang dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu. Dengan memperhambakan atau cucuk hidung orang ramai dengan mengdoktrinasikan pengetahuan kepada golongan terbanyak iaitu orang awam, barulah perniagaan boleh maju. Barulah surat kabar laku, barulah klinik-klinik sentiasa penuh dengan pengunjung yang sentiasa sakit berpunca kurang ilmu mengenai keadah-kaedah mudah untuk menjaga kesihatan diri. Buta maklumat berlaku juga kepada bijak pandai yang ada master itu dan ini dan juga mereka yang mempunyai PhD. Mereka pandai dalam bidang masing-masing tetapi dalam bidang kesihatan menjaga diri, mereka mungkin belum lulus sekolah tadika. Sebab? Mereka ialah conformist.
torture succes?best kee?

Mereka serahkah tanggungjawab menjaga kesihatan mereka kepada orang lain. Sihat, pada kebanyakan orang ialah tidak berpenyakit. Bila sakit mereka dapatkan rawatan. Apa susah? Mereka menjadi 'buta' terhadap kaedah-kaedah mudah bagi membantu mengelakkan penyakit termasuk penyakit degeneratif seperti kanser, serangan jantung, diabetes dan lain-lain. bla....bla.. ... Perspektif mana pun yang anda gunakan untuk menilai coretan saya, terserah pada anda. Isi coretan ini tetap melambangkan prinsip saya terhadap peri pentingnya bahawa seseorang perlu buka fikiran, menilai, menimbang tara, mengadopsi maklumat-maklumat baru bertujuan melepaskan diri dari diperhambakan. Hamba zaman dahulu (kecuali hamba zaman Rasulullah SAW) tidak dibenarkan belajar membaca dan menulis. Jadi, hamba akan sukar lari kerana tidak tahu membaca tanda jalan, tidak tahu menulis dan membaca nota. yang hamba perlu lakukan ialah menurut perintah. Saya percaya anda faham bila dikatakan kebanyakan orang hari ini ialah hamba kepada golongan tertentu (bidang kesihatan, ugama, politik etc.). Kesimpulan nye kot,aku dah makin pening dengan manusia sekarang.HAHA

No comments:

Post a Comment

Jadi lh tikus yang menghormati blog aku ni.Ok good,tulis elok elok.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...